Halaman Utama


1 Pendahuluan
     Laman Blogger Planetterium Persatuan Sama Sabah(PSS) telah dilancarkan  telah pada tahun 2010 oleh yang berbahagia Datuk Haji Abdullah Haji Sibil, Presiden Persatuan Sama Sabah(PSS) di Habiba Suites. Laman blogger ini ditubuhkan untuk memenuhi visi dan harapan negara dalam konteks membina negara bangsa. Ini memandangkan tugas untuk memenuhi visi dan harapan negara merupakan satu tugas yang amat sulit dan memerlukan usaha yang berani, bersungguh-sungguh dan secara holistik.
     Dalam konteks pembinaan modal insan khususnya Masyarakat Bangsa Sama, pendekatan wahananya perlu menyeluruh yang merangkumi pembinaan kecemerlangan dari aspek intelek, rohani, emosi dan jasmani. Dalam erti kata lain ketiga-tiga aspek pembinaan pembangunan manusia iaitu kogintif, efektif dan psikomotor perlu digembeling dan mesti dicapai.  Melalui Laman blogger ini, hasrat pengisian ilmu dan maklumat kemajuan negara dalam mengangkat dan memperkasa Masyarakat Bangsa Sama, sangat diutamakan selain memasukkan unsur-unsur lain pembinaan insan iaitu adab budi bahasa, nilai-nilai murni kehidupan, nilai kerohanian serta integrasi dan perpaduan kaum

2 Rasional

            Laman blogger ini diharapkan dapat melahirkan golongan berilmu yang digarap dan digilap untuk lebih berketrampilan dan maju lagi pada masa akan datang. Ini memandangkan masyarakat Sama berpeluang untuk mengetengahkan bakat ke saluran yang sewajarnya seperti pendidikan, perindustrian, pertanian, kebudayaan dan pelbagai sektor yang diperkenalkan oleh pihak kerajaan mahupun pihak Swasta.

3 Objektif

-         Memupuk semangat jati diri, kecintaan terhadap bangsa dan Negara, berdisiplin serta berbudi bahasa dan bernilai moral tinggi melalui aktiviti pembelajaran, berpersatuan dan hasil karya penulisan.
-         Menimba pengalaman berpersatuan dan berkemahiran.

-         Menghasilkan karya kreatif dan bukan kreatif yang bermutu serta murni secara lebih produktif pada masa akan datang.

4. Pengendalian Laman Blogger

Nama : Encik Alif Bin Saibeh
Nama Facebook : Joe Saibeh
Email: Awan_bayu2020@yahoo.com

No comments:

Post a Comment